Populariti semasa Honda_Cub

Honda Super Cub "Jalanan" model 50 cc

Jualan Cub semakin meningkat di Jepun[1] dengan penambahbaikan pada enjin serta pemasangan sistem suntikan bahan api bagi model domestik Jepun bermula tahun 2007, menjadikannya lebih berkuasa, lebih jimat minyak serta lebih bersih. Sungguhpun banyak motosikal kapcai moden dengan rekaan kerangka tiub keluli dan badan plastik dikeluarkan seperti Honda Wave, Honda Cub asal tetap popular. Di Vietnam misalnya, Cub digunakan secara meluas sebagai teksi motosikal.[39]

Pada tahun 2006, dalam siri The Greatest Ever di saluran Discovery Channel, satu episod mengenai motosikal menempatkan motosikal Honda Cub 49 cc model tahun 1958 di tempat pertama.[40] James May, salah seorang hos siri televisyen popular Top Gear, membeli sebuah Honda Cub untuk episod "Vietnam Special".[41] Penulis Author Roland Brown menulis bahawa, "dalam banyak-banyak motosikal hebat yang pernah dibina oleh Honda — superbike CB750, motosikal lumba enam silinder Mike Hailwood, Gold Wing yang hebat, anda namakan sahaja — yang paling penting antara kesemuanya ialah C100 Super Cub tahun 1958."[8]

Faktor kejayaan model Honda Cub

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958, lebih 60 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia,[1] menjadikan model tersebut sebagai model motosikal paling berjaya dalam sejarah automotif. Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual. Berikutan dengan kejayaan besar Honda Cub sebagai motosikal paling laris di dunia, Discovery Channel telah menobatkan Honda Cub sebagai Motosikal Terhebat (The Greatest Ever Motorcycle) melalui rancangan The Greatest Ever, mengalahkan model-model motosikal lain yang lebih besar dan lebih berkuasa[40] (sila tonton video: "Motosikal Terhebat").

Faktor kejayaan besar Honda Cub adalah:-

  • Harganya yang sangat murah berbanding motosikal lain.
  • Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal.
  • Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L)
  • Berupaya untuk membawa muatan berat. Di negara membangun terutamanya di Asia, ramai orang menggunakan Honda Cub untuk membawa hasil pertanian dan ternakan.
  • Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk.
  • Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.
  • Penggunaan enjin 4 lejang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian emisi yang ketat.
  • Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lejang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.

EV-Cub

EV-Cub semasa Pameran Kereta Tokyo 2009.

Semasa Pameran Kereta Tokyo 2009, Honda mempersembahkan kenderaan konsep EV-Cub, sebuah motosikal elektrik yang direka berasaskan model asal Honda Cub, menampilkan sistem pacuan dua roda yang bermaksud motor elektrik dipasang terus pada hab setiap roda.[42] Honda berkata mereka mengekalkan reka bentuk 1958 bagi motosikal konsep abad ke-21 mereka adalah berpatutan kerana, "bentuk tubuh manusia tidak pernah berubah sejak 50 tahun dahulu," dan, "saiz, bentuk dan kedudukan kesemua bahagian Super Cub mempunyai satu bentuk keperluan pada mereka, dan rekaan Super Cub sangat rasional dan mesra penunggang."[43] Ruang tambahan hasil ketiadaan enjin di bahagian kerangka serta ketiadaan tangki bahan api memberi ruang untuk simpanan topi keledar du bawah pelana, sebagaimana skuter.[42][43][44] Disepadukan dengan motosikal elektrik baharu ialah satu sistem komunikasi interaktif, untuk membolehkan penunggang berbual sambil menunggang.[45] Beberapa syarikat lain termasuklah, KTM, Öhlins, dan Yamaha telah membangunkan motosikal pacuan dua roda, dan mendapati bahawa tambahan kuasa pada roda hadapan di samping roda belakang membantu menambah kestabilan, terutamanya di selekoh serta semasa ditunggang oleh penunggang baharu.[42][46] Pada masa itu Honda memberi petunjuk bahawa mereka mungkin akan menjual EV-Cub di pasaran pada tahun 2010, yang mungkin akan menjadi motosikal pacuan dua roda pertama dikeluarkan.[42]

Honda Cub sebagai pembawa kargo
Honda Cub posmen.
Rali peminat Honda.
Di Kagurazaka, Tokyo.
Sebarisan Honda EX5 Pizza Hut di Segamat, Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Honda_Cub http://www.thenational.ae/lifestyle/motoring/the-s... http://100megsfree4.com/honda/h0050/cub.htm http://www.autoblog.com/2009/10/23/tokyo-2009-hond... http://www.automobilemag.com/features/news/0908_fi... http://www.gizmag.com/honda-2wd-electric-motorcycl... http://books.google.com/books?id=30sEAAAAMBAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=49Tc7jRSBrIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=CSxTaoGagKoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=F0P8kvrs9iEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=GikEAAAAMBAJ&pg=P...